Thursday, November 4, 2010

PROJEK CILI FERTIGASI

Setelah melihat pengalaman pengusaha cili yang berjaya di kawasan tempat tinggal saya, Batu Pahat menggunakan kaedah fertigasi, saya dan suami bercadang untuk memulakan projek ini secara kecil-kecilan di samping memanfaatkan ruang belakang dan tepi rumah yang selama ini dipenuhi dengan semak samun. Walaupun kami tiada pengalaman, melalui buku tanaman, video yang dipaparkan menerusi you tube, bertanyakan maklumat dengan pengusaha cili dan juga kedai pembekal AKM Tani yang terletak di Air Hitam Kluang, dapatlah kami mengumpul ilmu dan maklumat yang penting mengenai cili fertigasi ini. Kami mengharapkan projek mini ini berjaya seterusnya berkembang maju. Saya sedar berdasarkan pengalaman pengusaha, sebenarnya ia tidak semudah yang disangka namun kami anggap segalanya sebagai cabaran. Jika kita tidak cuba, kita tak kan tau apa masalahnya kan. Walaupun tidak ada pengalaman, kami akan cari pengalaman dan belajar dari pengalaman demi untuk kemajuan diri kami dalam bidang ini. Ilmu, pengalaman dan mentor yang bagus adalah guru yang terbaik untuk kita. Yang penting kita tak berputus asa. Saya dan suami baru memulakan Projek Cili Fertigasi dengan menggunakan benih Cili Merah 568. Buat permulaan, kami menanam 100 anak benih Cili  568 ini dan mula ditanam pada 19 September 2010.


Tanaman Cili Merah 568 yang berusia 14 hari
Tanaman Cili Merah 568 yang berusia 30 hari

Tanaman Cili Merah 568 yang berusia 40 hari

Tanaman Cili Merah 568 yang berusia 40 hari






1 comment:

  1. Salam pertanian.. :-)
    Hotcili suka nak kongsi..
    boleh rujuk pada kami info@hotcili.net

    ReplyDelete